HONDA REBEL LANCAR OGOS INI
Rebel menyatukan rekaan old skool dan cita rasa moden penunggang muda ketika ini
Honda rebel 05 3
Boon Siew Honda rancak meneroka segmen motosikal baharu dengan pengenalan Honda Rebel yang akan dilancarkan pada Ogos ini.
Motosikal yang pertama kali muncul di atas pentas di Salon International Motorcycle Long Beach, California di Amerika Syarikat, pada tahun lalu semenang suatu jentera yang menepati nama Rebel dan kelihatan ‘rugged’.
honda rebel 04 3
Rebel menyatukan rekaan old skool dan cita rasa moden penunggang muda ketika ini. Ia mempunyai pelana setinggi 690 milimeter, kerangka keluli baharu dan garisan keluk badan sebuah ‘bobber'.
Posisi tunggangnya lebih santai dengan kedudukan perehat kaki di bahagian tengah dan tangan perlu diluruskan sedikit ke hadapan.
honda rebel 07
Rebel meminjam enjin CBR500R iaitu unit rangkaian kuasa dwisilinder selari berkapasiti 471cc dan dipasang sistem sejukan cecair. Selain menggunakan kotak gear enam kelajuan, jentera cruise itu didatangkan dengan teknologi pancitan bahan api Honda (PGM-FI).
Pemetaan semula membantu memastikan penunggang merasai tork pada rev rendah, namun lancar dan hantaran kuasa lebih baik serta linear ke roda belakang.
No comments:
Post a Comment